Monday, 24 December 2012

ReSuLt OMEGOD!!

Asslalulaikum semue..
hi!

Topic kali ni tentang result pmr 2012..setelah sekian lama menunggu,menanti dan terus menunggu result keluar,akhirnya 19.12.2012 result telah pun di keluarkan..pmr tahun ni merosot ..ada yang duka ada yang gembira..apa pun kita dah buat yang terbaik..nak buat macamna kalau dah xdak rezeki kan..kejayaan anak-2 adalah kebanggaan ibu bapa dan keluarga..jangan lah kita putus asa,jadikan yang lalu sebagai pengajaran.tapi pelajar yang lahir 1997 memang ada masalah dengan peperiksaan upsr n pmr depa,ada masok berita aritu.harap spm xkn jadi yang sama..result fiqah teruk,tapi alhamdulilah dapat gred lulus.fiqah dah kecewakan family fiqah..sedih sangat,fiqah mintak maaf sangat sebab tak dapat bagi yang terbaik.fiqah dah cuba yang terbaik,tapi ini je yang mampu,,frust la jugak sampai demam tapi dah tak boleh nak ubah lagi dah..fiqah tak sepandai abg dan kakak fiqah,memang patut kena marah pun,,fiqah janji spm nanti fiqah bagi yang terbaik.. :’( apepun TAHNIAH untuk sume pelajar pmr 2012.. kite sbgai ahli keluarga kena la bagi semangat dan dorongan..
tapi sebelum to,,jum kite usyar berita hangat tentang pmr!!role onn..

Soalan PMR 2012 agak pelik?

WALAUPUN Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 hampir sebulan lebih telah berakhir, baru sekarang saya berpeluang menilai kualiti soalan-soalan PMR 2012.
Saya dapati soalan PMR tahun ini keseluruhannya agak mencabar. Ada sesetengah soalan mudah tetapi jika dianalisis, kehendak soalan atau kehendak jawapan tidak mudah dan kebanyakan mengelirukan.
Saya hairan mengapa nasib pelajar yang lahir pada 1997 (kebanyakan) menerima nasib menghadapi setiap peperiksaan utama agak mencabar contohnya UPSR 2009.
Adakah anak-anak yang lahir pada 1997 akan menghadapi perkara yang sama untuk SPM nanti pada tahun 2015?
Secara keseluruhan soalan PMR 2012 agak 'PELIK':
1) Bahasa Malaysia antaranya memang terlalu mencabar, seolah tidak setaraf dengan pemikiran pelajar yang berusia 15 tahun.
2) Sejarah 80 peratus kemahiran berfikir atau lebih kepada pengetahuan am.
3) Bahasa Inggeris 40 peratus tidak mengikut format seperti soalan-soalan tahun lepas.
4) Geografi kebanyakan soalan berkait dengan sejarah, mungkin agak payah bagi sesetengah pelajar yang biasa dengan soalan secara terus (direct).
5) Soalan Sains yang perlu banyak menggunakan logik dan kemahiran berfikir serta pengetahuan luar biasa pelajar.
6) Pendidikan Agama Islam soalan berkenaan dengan 'Maasum' yang tidak pernah dijadikan soalan pada tahun-tahun lain.
Saya dan juga ibu bapa lain juga berharap agar maklum balas ini tidak dipandang sepi oleh pihak Lembaga Peperiksaan.
Walaupun bertujuan untuk menaik taraf kualiti dan juga transformasi pelajar, pihak Lembaga Peperiksaan perlu peka tahap pemikiran pelajar yang baru berusia 15 tahun. Tidak semua pelajar cemerlang, apa akan berlaku kepada pelajar yang sederhana dan tidak berapa cemerlang bila mendapat keputusan PMR 2012 nanti?
Harap pihak Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pelajaran membuat pertimbangan dengan sewajarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121203/fo_01/Soalan-PMR-2012-agak-pelik#ixzz2G30e9w9I
© Utusan Melayu (M) Bhd

oke la,,sudah cukup cukup sudah.. kite jumpo lagi deh..
bubbai.. '',

No comments:

Post a Comment